Negara-Negara Pengunjung (Mulai 7 Julai 2015)

Flag Counter

Saturday, 22 October 2016

Pengalaman Buka Gerai Dinar Dirham & Menjadi MODERATOR di MUZIUM NEGARA


( HIKMAH XVIII  2016)

( IEP Ariff Malik juga membantu saya )

( Pengacara Bersama Musim 1 di Rancangan Islamic Finance-Capital TV, Hypp TV
Nur Aiman Kautsar bersama DS Norbaini Dato' Hassan )

( Gerai Pameran QIBLAH Consulting Group )

( Selesai menyusun Gerai Pameran sekitar jam 9 pagi, bersebelahan gerai keris dan busana)



( Aturcara Wacana - Bahagian 1 )

( Aturcara Wacana - Bahgian 2 )

( Ada 4 Pembentang kesemuanya )
* gambar ihsan Aiman Kautsar *

( Pembentang Terakhir Tengku Ahmad Ridhaudin )
* gambar ihsan Aiman Kautsar )

( Pengasas HIKMAH Radzi Sapie menyampaikan cenderahati kepada Para Pembentang )
* gambar ihsan Zainuddin Ahmad *



HIKMAH XVIII adalah merupakan acara HIKMAH yang ke lapan saya sertai, lebih kurang sama dengan kehadiran saya di satu acara bernama DINIHARI DINAR yang mula bertapak di Bukit Damansara tetapi telah terkubur akibat banyak aktivis mereka sama ada dipinggirkan ataupun menjauhkan diri. Kedua acara ataupun gerakan HIKMAH dan DINIHARI DINAR banyak memberikan saya weltanschauung ataupun perspektif yang berlainan terhadap penulisan buku saya.


Apa yang saya amati apabila membuka gerai kali ini berbanding dengan acara terdahulu sama ada di HIKMAH ataupun DINIHARI DINAR adalah sudah wujud sekelompok penggumpul dinar dan dirham(Dnd) yang mencari Dnd tertentu untuk koleksi mereka. Antara dirham yang dicari adalah dirham NUBEX Masjid Demak, Meeraz dan KBI serta Dinar Haqqani dan lain-lain. Penggumpul Dnd ini memohon saya untuk tolong mencari pelbagai dirham dan sanggup menawarkan 'premium' tertentu jika saya berjaya temui dinar atau dirham yang dihajati.


Pada masa yang sama, saya menerima jemputan untuk menjadi Moderator untuk Wacana sesi pagi dan dihadiahkan dengan sebuah buku di akhir sesi.


Sekalung Tahniah kepada Para Pembentang yang terdiri daripada:- 
(1) Pn. @Rosidah Abdullah (Kurator Muzium Tekstil);
(2) En.@Mohd Emil Azril (Naib Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia, Cawangan Kuala Lumpur);
(3) Cikgu Azlan Ghanie (Wartawan serta Pengasas MAGMA dan Majalah "Seni Beladiri"); dan, 
(4) Tengku Ahmad Ridhaudin (Aktivis Budaya & Pengumpul Keris) 
yang masing-masingnya berkongsi penyelidikan dan pengalaman dalam bidang tertentu dengan hadirin. Banyak yang saya pelajari dalam tempoh wacana yang singkat


Setelah beberapa kali acara HIKMAH dalam perkiraan saya, saya sudah boleh memnuhkan satu rak buku dengan cenderahati yang diterima...kali terakhir di Janda Baik, saya menerima 3 buah buku politik pelbagai tajuk dari penulis S.H.Al-Attas. Alhamdullilah.





Sunday, 9 October 2016

DnD MARKETplace di UIA Gombak sempena IFIW 2016


( 1 Dirham IFIW 2016 yang digunakan untuk transaksi di Souq )


( Rusdi dari Tg.Malim, membeli barangan makanan dari Peniaga Food Truck
menggunakan dirham IFIW)


( Peniaga Makanan menerima 2 dirham dari Bakhtiar sambil disaksikan oleh Hj. Awaluddin )




PASAR MUAMALAH

Setelah terkuburnya Souq Muamalah Madinah ( Tonton SINI ) anjuran bersama KGT dan aktivis dinar dirham serta beberapa Souq yang menerimapakai dinar dan dirham seperti di Masjid TTDI Jaya-Shah Alam dan Masjid Shah Alam, pasar Muamalah yang berteraskan dinar dan dirham kembali semula di Universiti Islam Antarabangsa,Gombak bersempena acara IFIW 2016.

Walaupun tidak ramai peniaga yang mengambil bahagian - terdapat 3 foodtruck di tepi bangunan Cultural and Activity Centre atau CAC dan beberapa peniaga lain di dalam CAC yang menjual pakaian, haruman dan lain-lain...kembalinya pasar sebegini sedikit sebanyak dapat mengembalikan semangat para aktivis dinar dirham dalam usaha mereka menentang riba dan fiat money.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada Bakhtiar (Pengurus NUBEX) yang telah belanja saya makan dan minum menggunakan dirham IFIW. Sempat juga saya ketemu dan bersembang dengan super senior saya Haji Awaluddin dan kenalan lama yang baru jumpa balik iaitu Rusdi yang datang dari Tanjung Malim.







Saturday, 8 October 2016

Dirham EDISI KHAS di IFIW 2016

( Dirham  IFIW 2016 )


( 1 Dirham Edisi Khas  IFIW 2016 )



( MB Perak Dato' Seri Zambri bersama Prof. Dato' Ahamed Kameel melawat pameran NUBEX )



EDISI KHAS DIRHAM

Hari ini saya hadir di sebuah forum antarabangsa di PWTC untuk memenuhi jemputan seorang kenalan lama yang juga pernah menjadi tetamu khas saya di dua episod berlainan program TV terbitan saya bertajuk "Islamic Finance Today" yang diudarakan di Saluran 420 (dulunya Channel 127) - Capital TV, Hypp TV - UNIFI. Di 2 episod tersebut kami membincangkan mengenai kontrak deposit (deposit contracts) yang digunakan di dalam sistem kewangan islam (Tonton SINI) dan Perbankan Rizab (Fractional Reserve Banking). Kenalan tersebut juga pernah mengamanahkan kepada saya untuk menyampaikan kertas kerja beliau yang telah diterjemahkan ke bahasa Melayu berjudul "Wang Fiat dan Keruntuhan Ekonomi Orang Melayu" beliau di Pulau Pinang pada tahun 2014 (Baca SINI) kerana terpaksa ke Indonesia atas tugasan mewakili UIA.

Forum yang saya hadiri bertajuk "1st International Forum on Inclusive Wealth" atau ringkasnya IFIW 2016.


Sambil mengunjungi pameran yang diadakan di dalam dewan Hussein Onn-PWTC, saya terjumpa seorang lagi kenalan iaitu Haji Khairudden Husin yang pernah menjadi panelis bersama di sebuah ceramah di KUIS pada tahun 2011 (Baca SINI ). Di tengah perbincangan kami, Khairudden menunjukkan kepada saya sebuah dirham edisi khas yang dikeluarkan oleh NUBEX sempena IFIW 2016.


Dirham IFIW 2016 adalah dirham edisi khas kedua yang saya temui tahun ini selepas di Kota Bharu (Lihat Catitan August 2016 SINI ). Akan tetapi dirham IFIW ini mempunyai rekabentuk yang tersendiri berbanding dirham Saidatina Khadijah keluaran KGT yang lebih merupakan perubahan 'packaging'. Pada hemah saya, dirham ataupun dinar edisi khas adalah satu perkembangan yang sihat dalam memperkenalkan semula matawang sunnah kepada umum sekaligus memerangi fitnah atau angkara wang kertas(fiat money).


Syukran kepada Prof. Dato' Dr. Ahamed Kameel dan Saudara Anwar di atas jemputan yang diberikan kepada saya serta ASEAN500 dan Salaam Gateway-Thomson Reuters untuk menghadiri IFIW 2016 dan sidang media IFIW.

Thursday, 15 September 2016

Menemubual Dato' Dr.KS Lim di Pelancaran IFIW2016

( Dato' Dr. KS Lim bersama Penulis )


Selepas Sidang Media dan Majlis Pelancaran 1st International Forum on Inclusive Wealth 2016 atau lebih dikenali sebagai IFIW 2016, saya dapat menemubual Dato' Dr. KS Lim - CEO Quantum Metal Sdn Bhd(Wakil Pengedar The Perth Mint di Malaysia).

Antara kisah yang dikongsi beliau:-
(1) Rakyat Thailand pernah menderma emas untuk menolong negara mereka semasa krisis ekonomi;
Nota: 
Adakah rakyat Malaysia akan melakukan perkara yang sama jika diminta sedemikian?
Pada hemah saya - TIDAK!

(2) Beliau pernah melihat seorang tycoon Indonesia di sebuah kedai emas di Singapore sedang menukar beberapa jongkong emas kepada wang kertas semasa krisis ekonomi.
Tycoon tersebut juga terpaksa "menderma" salah satu jongkong emasnya beliau kepada pihak tertentu sebagai syarat untuk membawa emas keluar dari Indonesia

Wednesday, 17 August 2016

DInar & Dirham Edisi Khas SAIDATINA KHADIJAH

 ( Dirham EDISI KHAS  Saidatina Khadijah)


( Hari Saidatina Khadijah )




EDISI KHAS DINAR DIRHAM
Apabila hendak bertolak balik ke Lapangan Terbang Subang-Selangor selepas tamat pertandingan catur MSSM di UMK-Pengkalan Chepa, saya berlegar-legar bersama keluarga di sekitar kedai-kedai di dalam lapangan terbang dan terjumpa sebuah kedai Dinar Dirham  ( Baca Catitan SINI). Sambil memerhati barangan yang diperagakan di kedai Dinar Dirham pembantu jualan menunjuk sebuah dirham edisi khas dan mencadangkan agar saya membelinya sebagai sebuah cenderahati ataupun untuk dijadikan koleksi.

Dinar dan dirham Saidatina Khadijah diterbitkan oleh KGT sempena hari atau minggu Saidatina Khadijah(SK) yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Kelantan Darul Naim. Dinar edisi khas SK adalah terhad dan mempunyai nombor siri manakala dirham edisi khas SK tiada nombor siri. Pada hemah saya, dirham edisi khas SK adalah sekadar bungkusan atau 'packaging' kerana tiada ada perubahan berbanding dirham kelantan yang sedia ada dalam pasaran.




Kedai Dinar & Dirham KGT di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa@KELANTAN

 ( Kedai Kelantan Golden Trade di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa-KELANTAN,
pandangan dari sebelah KIRI )


 ( Kedai KGT di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa-KELANTAN, pandangan sebelah KANAN )



( Kaunter Pembayaran )


(Staf KGT di Cawangan Lapangan Terbang )


KEDAI DINAR DIRHAM


Saya bersama keluarga ke Kota Bharu, Kelantan pada hari Jumaat yang lepas kerana 2 orang anak saya mengambil bahagian di dalam pertandingan Catur MSSM peringkat Kebangsaan. Apabila sampai pada hari Jumaat, saya tidak perasan kedai Dinar Dirham di atas. Bila hendak balik ke KL baru saya perasan kedai KGT.

Barangkali ini adalah kedai Dinar Dirham yang pertama di dalam dunia yang lokasinya terletak di dalam sebuah lapangan terbang?

Syabas kepada pihak Kelantan Golden Trade atau lebih dikenali sebagai KGT.


Thursday, 11 August 2016

DinarPAL @Ayer Keroh, MELAKA



(DinarPAL, MELAKA )


Hari ini ke Ayer Keroh, Melaka untuk berjumpa dengan seorang kawan lama di Maktab yang juga merupakan satu kompeni H dengan saya untuk berbincang mengenai Wasiat beliau. Dalam perjalanan ke tempat yang dijanjikan ternampak papantanda di atas. Sayang sekali apabila habis temujanji kedai DinarPal telahpun tutup.

InsyaALLAH, akan ke Ayer Keroh lagi untuk membuat kajian.