( Contoh Koin 1 Dirham Persidangan Antarabangsa NGO Islam 2018 )
Pejam celik, pejam celik sudah masuk dirham ke-empat yang diterbitkan. Ianya juga boleh dianggap sebagai "Dirham Antarabangsa" yang pertama terbitan QC DiRHAM. Dirham yang dimaksudkan adalah 1 Dirham Persidangan Antarabangsa NGO Islam ASEAN dan OIC 2018 yang dilancarkan hari ini.
( Salah seorang delegasi Persidangan, Pemilik Dirham Nombor Siri #54 )
Jika diikutkan perancangan awal, dirham antarabangsa yang pertama sepatutnya diterbitkan pada bulan Rabiul Awal atau Rabiul Akhir 1439 Hijrah / Disember 2017 (rujuk: QC DiRHAM, 5 November 2017 ) akan tetapi usaha ini tidak dapat diteruskan atas sebab-sebab tertentu.
Setelah usaha pertama gagal, usaha untuk menerbitkan "non-Malaysian Dirham" terus dijalankan apabila perbincangan awal dimulakan pada awal 2018 untuk menerbitkan sebuah dirham untuk suatu kawasan pentadbiran di luar Malaysia.
Sememangnya perancangan Allah SWT lebih baik dari sebaik-baik perancangan manusia.
( Risalah yang telah diedarkan di Persidangan Antarabangsa NGO Islam di Kuala Lumpur )
No comments:
Post a Comment