Negara-Negara Pengunjung (Mulai 7 Julai 2015)

Flag Counter

Saturday, 8 October 2016

Dirham EDISI KHAS di IFIW 2016

( Dirham  IFIW 2016 )


( 1 Dirham Edisi Khas  IFIW 2016 )



( MB Perak Dato' Seri Zambri bersama Prof. Dato' Ahamed Kameel melawat pameran NUBEX )



EDISI KHAS DIRHAM

Hari ini saya hadir di sebuah forum antarabangsa di PWTC untuk memenuhi jemputan seorang kenalan lama yang juga pernah menjadi tetamu khas saya di dua episod berlainan program TV terbitan saya bertajuk "Islamic Finance Today" yang diudarakan di Saluran 420 (dulunya Channel 127) - Capital TV, Hypp TV - UNIFI. Di 2 episod tersebut kami membincangkan mengenai kontrak deposit (deposit contracts) yang digunakan di dalam sistem kewangan islam (Tonton SINI) dan Perbankan Rizab (Fractional Reserve Banking). Kenalan tersebut juga pernah mengamanahkan kepada saya untuk menyampaikan kertas kerja beliau yang telah diterjemahkan ke bahasa Melayu berjudul "Wang Fiat dan Keruntuhan Ekonomi Orang Melayu" beliau di Pulau Pinang pada tahun 2014 (Baca SINI) kerana terpaksa ke Indonesia atas tugasan mewakili UIA.

Forum yang saya hadiri bertajuk "1st International Forum on Inclusive Wealth" atau ringkasnya IFIW 2016.


Sambil mengunjungi pameran yang diadakan di dalam dewan Hussein Onn-PWTC, saya terjumpa seorang lagi kenalan iaitu Haji Khairudden Husin yang pernah menjadi panelis bersama di sebuah ceramah di KUIS pada tahun 2011 (Baca SINI ). Di tengah perbincangan kami, Khairudden menunjukkan kepada saya sebuah dirham edisi khas yang dikeluarkan oleh NUBEX sempena IFIW 2016.


Dirham IFIW 2016 adalah dirham edisi khas kedua yang saya temui tahun ini selepas di Kota Bharu (Lihat Catitan August 2016 SINI ). Akan tetapi dirham IFIW ini mempunyai rekabentuk yang tersendiri berbanding dirham Saidatina Khadijah keluaran KGT yang lebih merupakan perubahan 'packaging'. Pada hemah saya, dirham ataupun dinar edisi khas adalah satu perkembangan yang sihat dalam memperkenalkan semula matawang sunnah kepada umum sekaligus memerangi fitnah atau angkara wang kertas(fiat money).


Syukran kepada Prof. Dato' Dr. Ahamed Kameel dan Saudara Anwar di atas jemputan yang diberikan kepada saya serta ASEAN500 dan Salaam Gateway-Thomson Reuters untuk menghadiri IFIW 2016 dan sidang media IFIW.

No comments:

Post a comment