Negara-Negara Pengunjung (Mulai 7 Julai 2015)

Flag Counter

Sunday 9 August 2015

HIKMAH XV - Beruas, PERAK Menangguhkan atau Mengakhiri HIKMAH?

( Dewan Masyarakat Kampung Banjar.
Tempat pembentangan HIKMAH XV dijalankan.
Anak saya, CM Amir Faiz terpaksa tinggalkan latihan lawan pedang untuk acara kali ini
walaupun pertandingan sudah dekat )


( Kali pertama membentang sambil duduk.
Sebabnya tidak mahu dilihat tinggi oleh hadirin serta sejajar dengan skrin  )


("Pemegang Wasiat" sedang buat Pembentangan. Apalah sangat RM2.6Billion?
Di kala itu, saya mendapat ide baru untuk buku Mata Wang yang sedang ditulis 
apabila Hazrin mencoret formula garam kepada saya )
Nota: Gambar 2-4 dari atas ke bawah adalah dari blog hikmahmelayu.blogspot.com

Selesai sudah sesi pembentangan saya di acara HIKMAH Beruas (HIKMAH XV).
Tajuk pembentangan yang diberikan pihak penganjur kepada saya kali ini adalah:-
" Dinar Dirham vs Wang Kertas dan Penipuan Perbankan "

Sedikit butiran di blog:- HIKMAH Melayu 28 Julai 2015  dan 12 Ogos 2015
serta catatan perjalanan di Catatan Si Merah Silu dan Berpetualang ke Aceh

Rasa agak terharu juga apabila mengetahui sepatutnya ada seorang lagi pembentang yang patut hadir di acara yang sama tetapi telah dipanggil Illahi di Hari Raya Kedua iaitu OP Raja Muzaffar Shah, senior saya setahun di MTD Sungai Besi. Perkembangan kesihatan arwah dari dimasukkan ke hospital sehingga acara pengebumian telah saya ikuti di kumpulan media sosial BP yang saya anggotai. Saya amat berterima kasih pada para hadirin yang sudi menyedekahkan Al Fatihah kepada Arwah sebelum pembentangan saya bermula.


 
( Gambar pembentangan dari perspektif Radzi Sapie )

Acapkali, saya dengan persetujuan Radzi cuba ketengahkan aktivis tempatan semasa pembentangan mengenai Dinar Dirham akan tetapi kali ini mungkin saya terlupa di dalam kesibukan keadaan politik semasa. Akan tetapi Allah SWT adalah sebaik-baik Perancang dan saya rasa teruja apabila saya lihat saudara Hazrin Marjan, seorang aktivis Dinar Dirham yang sudahpun mengerakkan pengunaan mata wang sunnah di sekitar kawasan Manjung  hadir di majlis HIKMAH Beruas dengan berbusana penuh. Di kala itu saya mengambil keputusan (tanpa memberitahu sama ada Hazrin atau Radzi) untuk menjemput Hazrin ke atas pentas untuk duduk bersama saya semasa pembentangan Sesi pertama dijalankan.


Saya difahamkan oleh Pengasas HIKMAH, Saudara Radzi Sapie bahawa acara kali ini adalah yang terakhir untuk suatu waktu yang tidak dapat dipastikan.
Setelah membentang di HIKMAH I (Shah Alam), II (Melaka), III (Lumut), IX (Pulau Pinang) serta sepatutnya menbentang tetapi tidak dapat atas pelbagai alasan di acara  IV-Bachok, V-Kuala Terengganu (Menunaikan Umrah), VI-Shah Alam(Jemputan Dialog Inspiratif di Universitas Indonesia), Seri Menanti(Dimasukkan Hospital kerana Denggi) dan juga menghadiri acara VIII di Sungai Buaya, banyak manafaat yang telah saya perolehi secara peribadi.

Setelah menjadi Jururunding Penerbit (Consultant Producer) dan Hos TV untuk beberapa program di saluran Capital TV yang ke udara di Hypp TV-UNIFI seperti rancangan Kewangan Islam "Islamic Finance Today" dan program sosio-ekonomi politik " To the Point ", saya amat memahami kesibukan yang sedang dan bakal dialami oleh Merah Silu. Kebanyakkan penonton program TV hanya melihat masa di skrin tanpa memikirkan waktu yang sebenarnya diperlukan untuk menghasilkan sebuah program TV selama 30 minit pada lazimnya memakan masa lebih seminggu bila diambil kira semua persiapan pengambaran dan pasca pengambaran. Orang "Tun" yang telah 6 - 8 kami buat pembentangan bersama bukan sahaja di acara HIKMAH tetapi di forum lain seperti di UIAM dan UiTM Merbok serta program RSOG di Kuantan iaitu Shamsul Yunos yang saya gelar "Pemegang Wasiat" mungkin mempunyai pengalaman dan pendapat berlainan berdasarkan rancangan otomotif  " DAPAT Auto Show " yang pernah diacarakan beliau di TV3.

Apapun saya berpesan kepada Saudara Radzi agar acara HIKMAH diteruskan sekiranya ada jemputan dari negeri-negeri yang belum lagi diadakan acara HIKMAH seperti Perlis, W.P.Putrajaya, W.P.Kuala Lumpur serta Sabah dan Sarawak apatah lagi kalau menerima jemputan dari luar negara.  Mungkin kalau ada jemputan dari salah satu negeri yang tersebut awal boleh dibuat satu episod mengenai persiapan dan perjalanan untuk acara HIKMAH dan sama atau lebih penting dikongsi bagaimana acara dijalankan hanya dengan keikhlasan pihak-pihak tertentu. Secara berseloroh saya lontarkan kepada Merah Silu bahawa dia perlu bekerja dengan lebih keras lagi kerana baru ada 15 acara HIKMAH walhal sasarannya sepatutnya HIKMAH 2.6B (sampai tak reti saya nak tulis dalam angka Roman. Boleh ke?)