Negara-Negara Pengunjung (Mulai 7 Julai 2015)

Flag Counter

Friday 22 August 2014

Wacana Ekonomi Islam: Pertumbuhan, Halatuju & Cabaran Ekonomi Bumiputera @UiTM Merbok, KEDAH.

( Pertama Kali Membentang di Kedah )

( Rakan Pembentang Bersama - Shamsul Yunos & Taufiq Khalid Sahan )

Ustaz Muhaizam yang telah saya jumpa di Bayan Lepas, Pulau Pinang pada awal tahun 2014 menjemput saya ke UiTM Kedah di Merbok untuk satu acara wacana ilmu. Saya fikirkan ini satu jemputan yang baik kerana saya tidak pernah membentang di Kedah walaupun adik saya pernah membuat kursus pra-guaman di UiTM Merbok suatu waktu dahulu.

Setelah berkomunikasi beberapa kali, akhirnya saya bersetuju membentangkan tajuk  " Kejatuhan Nilai Wang Fiat: Peranan Sistem Ekonomi Islam ". Saya hampir tidak dapat menghadirkan diri kerana perlu ke Taichung, Taiwan untuk menemani anak bongsu saya yang berumur 7 tahun dan mewakili Malaysia ke 10th Asian Schools Chess Championship 2014. Di samping itu saya pun demam teruk akan tetapi Allah SWT adalah sebaik-baik prancang.

Sunday 23 February 2014

Mutiara HIKMAH - Wang Fiat & Keruntuhan Ekonomi Orang Melayu @Kompleks Tabung Haji - Bayan Lepas, PULAU PINANG

( Pembentangan di hadapan Timbalan Menteri Kesihatan Y.B.Dato' Seri Hilmi Yahaya )

Selepas kehadiran EXCO Pelancungan di HIKMAH II di Melaka pada tahun 2012 dan walaupun tidak mendambakan kehadiran orang kenamaan untuk memberi kredibiliti kepada usaha HIKMAH, Mutiara HIKMAH mendapat "penaiktarafan" perjuangan dengan kehadiran satu-satunya Timbalan Menteri dari Pulau Pinang iaitu Ahli Parlimen Balik Pulau Y.B. Daro' Seri Hilmi Haji Yahaya yang merupakan Timbalan Menteri Kesihatan. 

Tajuk pembentangan diadaptasi dari  kertas bahasa Inggeris bertajuk " Fiat Money and the Financial Degradation of the Malays " yang telah ditulis oleh seorang anak jati Pulau Pinang iaitu Prof. Ahamed Kameel Mydin Meera. Sepatutnya Prof.Kameel membentangkan kertas ini akan tetapi kerana kehadiran beliau diperlukan di Indonesia seorang penganti perlu dicari. Memandangkan saya juga merupakan salah seorang ahli Dinar Dirham Nusantara Technical Working Committee yang dipengerusikan beliau maka saya diberi tanggungjawab untuk membentang.

Sebelum itu saya, Shamsul dan Fakhrul Radzi sampai agak lewat di Bayan Lepas. Sekitar jam 4 - 5 pagi baru kami sampai disebabkan kami bertolak lewat dari KL ditambah pula dengan kesesakan lalu-lintas sebelum Tapah yang menyebabkan hampir 1-2 jam terbuang begitu sahaja.