Negara-Negara Pengunjung (Mulai 7 Julai 2015)

Flag Counter

Sunday, 9 August 2015

HIKMAH XV - Beruas, PERAK Menangguhkan atau Mengakhiri HIKMAH?

( Dewan Masyarakat Kampung Banjar.
Tempat pembentangan HIKMAH XV dijalankan.
Anak saya, CM Amir Faiz terpaksa tinggalkan latihan lawan pedang untuk acara kali ini
walaupun pertandingan sudah dekat )


( Kali pertama membentang sambil duduk.
Sebabnya tidak mahu dilihat tinggi oleh hadirin serta sejajar dengan skrin  )


("Pemegang Wasiat" sedang buat Pembentangan. Apalah sangat RM2.6Billion?
Di kala itu, saya mendapat ide baru untuk buku Mata Wang yang sedang ditulis 
apabila Hazrin mencoret formula garam kepada saya )
Nota: Gambar 2-4 dari atas ke bawah adalah dari blog hikmahmelayu.blogspot.com

Selesai sudah sesi pembentangan saya di acara HIKMAH Beruas (HIKMAH XV).
Tajuk pembentangan yang diberikan pihak penganjur kepada saya kali ini adalah:-
" Dinar Dirham vs Wang Kertas dan Penipuan Perbankan "

Sedikit butiran di blog:- HIKMAH Melayu 28 Julai 2015  dan 12 Ogos 2015
serta catatan perjalanan di Catatan Si Merah Silu dan Berpetualang ke Aceh

Rasa agak terharu juga apabila mengetahui sepatutnya ada seorang lagi pembentang yang patut hadir di acara yang sama tetapi telah dipanggil Illahi di Hari Raya Kedua iaitu OP Raja Muzaffar Shah, senior saya setahun di MTD Sungai Besi. Perkembangan kesihatan arwah dari dimasukkan ke hospital sehingga acara pengebumian telah saya ikuti di kumpulan media sosial BP yang saya anggotai. Saya amat berterima kasih pada para hadirin yang sudi menyedekahkan Al Fatihah kepada Arwah sebelum pembentangan saya bermula.


 
( Gambar pembentangan dari perspektif Radzi Sapie )

Acapkali, saya dengan persetujuan Radzi cuba ketengahkan aktivis tempatan semasa pembentangan mengenai Dinar Dirham akan tetapi kali ini mungkin saya terlupa di dalam kesibukan keadaan politik semasa. Akan tetapi Allah SWT adalah sebaik-baik Perancang dan saya rasa teruja apabila saya lihat saudara Hazrin Marjan, seorang aktivis Dinar Dirham yang sudahpun mengerakkan pengunaan mata wang sunnah di sekitar kawasan Manjung  hadir di majlis HIKMAH Beruas dengan berbusana penuh. Di kala itu saya mengambil keputusan (tanpa memberitahu sama ada Hazrin atau Radzi) untuk menjemput Hazrin ke atas pentas untuk duduk bersama saya semasa pembentangan Sesi pertama dijalankan.


Saya difahamkan oleh Pengasas HIKMAH, Saudara Radzi Sapie bahawa acara kali ini adalah yang terakhir untuk suatu waktu yang tidak dapat dipastikan.
Setelah membentang di HIKMAH I (Shah Alam), II (Melaka), III (Lumut), IX (Pulau Pinang) serta sepatutnya menbentang tetapi tidak dapat atas pelbagai alasan di acara  IV-Bachok, V-Kuala Terengganu (Menunaikan Umrah), VI-Shah Alam(Jemputan Dialog Inspiratif di Universitas Indonesia), Seri Menanti(Dimasukkan Hospital kerana Denggi) dan juga menghadiri acara VIII di Sungai Buaya, banyak manafaat yang telah saya perolehi secara peribadi.

Setelah menjadi Jururunding Penerbit (Consultant Producer) dan Hos TV untuk beberapa program di saluran Capital TV yang ke udara di Hypp TV-UNIFI seperti rancangan Kewangan Islam "Islamic Finance Today" dan program sosio-ekonomi politik " To the Point ", saya amat memahami kesibukan yang sedang dan bakal dialami oleh Merah Silu. Kebanyakkan penonton program TV hanya melihat masa di skrin tanpa memikirkan waktu yang sebenarnya diperlukan untuk menghasilkan sebuah program TV selama 30 minit pada lazimnya memakan masa lebih seminggu bila diambil kira semua persiapan pengambaran dan pasca pengambaran. Orang "Tun" yang telah 6 - 8 kami buat pembentangan bersama bukan sahaja di acara HIKMAH tetapi di forum lain seperti di UIAM dan UiTM Merbok serta program RSOG di Kuantan iaitu Shamsul Yunos yang saya gelar "Pemegang Wasiat" mungkin mempunyai pengalaman dan pendapat berlainan berdasarkan rancangan otomotif  " DAPAT Auto Show " yang pernah diacarakan beliau di TV3.

Apapun saya berpesan kepada Saudara Radzi agar acara HIKMAH diteruskan sekiranya ada jemputan dari negeri-negeri yang belum lagi diadakan acara HIKMAH seperti Perlis, W.P.Putrajaya, W.P.Kuala Lumpur serta Sabah dan Sarawak apatah lagi kalau menerima jemputan dari luar negara.  Mungkin kalau ada jemputan dari salah satu negeri yang tersebut awal boleh dibuat satu episod mengenai persiapan dan perjalanan untuk acara HIKMAH dan sama atau lebih penting dikongsi bagaimana acara dijalankan hanya dengan keikhlasan pihak-pihak tertentu. Secara berseloroh saya lontarkan kepada Merah Silu bahawa dia perlu bekerja dengan lebih keras lagi kerana baru ada 15 acara HIKMAH walhal sasarannya sepatutnya HIKMAH 2.6B (sampai tak reti saya nak tulis dalam angka Roman. Boleh ke?)

Monday, 27 July 2015

Kunjungan ke DBP...Setelah Sekian Lama.


( Di ruang lobi Bangunan DBP )


Sudah agak lama rasanya saya tidak menjejakkan kaki di DBP. Mengjangkaui tiga atau empat dekad pada perkiraan saya. Kali terakhir mungkin pada Majlis Makan Malam DBP yang mengundang arwah Daddy dan keluarga. Masih teringat antara cara kutipan dana amal dilakukan adalah melalui acara lelong pelbagai barang.


Hari ini, setelah bermesyuarat di bangunan SOGO-KL untuk menguruskan beberapa hal tertunda Persatuan Catur Kuala Lumpur dan hasil maklumat dari penulis Kapten (B) Azmi Abdullah yang telah menghasilkan beberapa buku seperti " Dalil-Dalil Kesesatan Sains & Teknologi " dan " Model Baru Remaja. Program Transformasi Generasi Y " yang telah saya temui di Majlis Berbuka Puasa bekas pelajar MTD-Ambilan Keempat bulan lepas saya akhirnya mempunyai alasan ke DBP. Jika dibandingkan dengan banyak jabatan kerajaan yang lain yang pernah saya berurusan, layanan yang diberikan oleh Encik Shamsul Firdaus dan Puan Rohaida Baharudin amat memuaskan serta penuh dengan maklumat.


 ( Pn. Rohaida - Editor DBP dan Saya,
mencadangkan saya hantar manuskrip saya terus ke DBP untuk dipertimbangkan bagi 
penerbitan pihak DBP )


Berbekalkan maklumat yang baru diperolehi saya sudah boleh menggambarkan apa lagi yang perlu dilakukan untuk menerbitkan buku Mata Wang Sunnah dan Melayu: Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? serta penulisan bersiri Sehari Seminggu yang bermain di fikiran.

Friday, 10 July 2015

Selamat Hari Jadi ke-90, Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir.

( Penulis menemuduga Tun Mahathir untuk kali ketiga, yang terakhir mengenai TPPA,
seminggu sebelum Presiden Amerika Syarikat melawat Malaysia pada tahun 2014 )

Selamat Hari Jadi ke-90 Y.A.Bhg.Tun Dr. Mahathir Mohamad. 
Didoakan Usia DiBerkati, Terpelihara Kesihatan serta Tidak Gentar Menentang Kemungkaran HendayNYA.

Friday, 22 August 2014

Wacana Ekonomi Islam: Pertumbuhan, Halatuju & Cabaran Ekonomi Bumiputera @UiTM Merbok, KEDAH.

( Pertama Kali Membentang di Kedah )

( Rakan Pembentang Bersama - Shamsul Yunos & Taufiq Khalid Sahan )

Ustaz Muhaizam yang telah saya jumpa di Bayan Lepas, Pulau Pinang pada awal tahun 2014 menjemput saya ke UiTM Kedah di Merbok untuk satu acara wacana ilmu. Saya fikirkan ini satu jemputan yang baik kerana saya tidak pernah membentang di Kedah walaupun adik saya pernah membuat kursus pra-guaman di UiTM Merbok suatu waktu dahulu.

Setelah berkomunikasi beberapa kali, akhirnya saya bersetuju membentangkan tajuk  " Kejatuhan Nilai Wang Fiat: Peranan Sistem Ekonomi Islam ". Saya hampir tidak dapat menghadirkan diri kerana perlu ke Taichung, Taiwan untuk menemani anak bongsu saya yang berumur 7 tahun dan mewakili Malaysia ke 10th Asian Schools Chess Championship 2014. Di samping itu saya pun demam teruk akan tetapi Allah SWT adalah sebaik-baik prancang.

Sunday, 23 February 2014

Mutiara HIKMAH - Wang Fiat & Keruntuhan Ekonomi Orang Melayu @Kompleks Tabung Haji - Bayan Lepas, PULAU PINANG

( Pembentangan di hadapan Timbalan Menteri Kesihatan Y.B.Dato' Seri Hilmi Yahaya )

Selepas kehadiran EXCO Pelancungan di HIKMAH II di Melaka pada tahun 2012 dan walaupun tidak mendambakan kehadiran orang kenamaan untuk memberi kredibiliti kepada usaha HIKMAH, Mutiara HIKMAH mendapat "penaiktarafan" perjuangan dengan kehadiran satu-satunya Timbalan Menteri dari Pulau Pinang iaitu Ahli Parlimen Balik Pulau Y.B. Daro' Seri Hilmi Haji Yahaya yang merupakan Timbalan Menteri Kesihatan. 

Tajuk pembentangan diadaptasi dari  kertas bahasa Inggeris bertajuk " Fiat Money and the Financial Degradation of the Malays " yang telah ditulis oleh seorang anak jati Pulau Pinang iaitu Prof. Ahamed Kameel Mydin Meera. Sepatutnya Prof.Kameel membentangkan kertas ini akan tetapi kerana kehadiran beliau diperlukan di Indonesia seorang penganti perlu dicari. Memandangkan saya juga merupakan salah seorang ahli Dinar Dirham Nusantara Technical Working Committee yang dipengerusikan beliau maka saya diberi tanggungjawab untuk membentang.

Sebelum itu saya, Shamsul dan Fakhrul Radzi sampai agak lewat di Bayan Lepas. Sekitar jam 4 - 5 pagi baru kami sampai disebabkan kami bertolak lewat dari KL ditambah pula dengan kesesakan lalu-lintas sebelum Tapah yang menyebabkan hampir 1-2 jam terbuang begitu sahaja.