Negara-Negara Pengunjung (Mulai 7 Julai 2015)

Flag Counter
Showing posts with label "Fiat Money and The Economic Degradation of the Malays". Show all posts
Showing posts with label "Fiat Money and The Economic Degradation of the Malays". Show all posts

Friday, 17 April 2020

Prof. Dato’ Dr. Ahamed Kameel Mydin Meera BERI KEBENARAN & MENYUMBANG

Dr Ahamed Kameel Mydrin Meera
( Prof. Dato' Dr. Ahamed Kameel )



Alhamdullilah, Berkat Hari Jumaat sekali lagi.


Saya berkomunikasi dengan Prof. Kameel di siang hari melalui WA bermula 10.43 pagi untuk meminta kebenaran untuk menggunakan kertas ilmiah yang ditulis beliau bertajuk " Fiat Money and Economic Degradation of the Malays " ( Kertas ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu oleh Saudara Radzi Sapiee) dan juga untuk menulis sedikit untuk buku saya.
Sila Rujuk:-https://www.ahamedkameel.com/fiat-money-and-economic-degradation-of-the-malays/


Beliau memberikan kebenaran dan menghantar melaui WA kata-kata beliau untuk saya gunakan.
Tulisan beliau:-

" Amirul Hj. Mohamad has penned a timely book.

The book addresses the issue of what constiutes Sunnah money and compares that with the monetary units used in the Malay archipelago, in particular that during the Malay sultanate era in Peninsular Malaya.

It then highlights how this definition and practice of Sunnah money in the Malay Sultanate was hijacked and corrupted by the British after the establishment of the Straits Settlement in Penang, Melaka and Singapore in 1826.

Prior to that the locals and international traders used metal coins made of gold, silver and tin as money. 

The colonial banks however began to issue ringgits of paper that replaced the original ringgit which was a 20gm silver coin, the picture of which adorns the cover of this book. 

The deception and the systematic financial exclusion of the Malays and Muslim traders caused their economic domnance to be eroded severely and ultimately lost till today.

In essence, therefore the book highlights the deceptions within the monetary and constitutional framework perpetrated by the British. 

The effects of this double corruption can be felt today where even the Islamic Banking system is not based on Sunnah money and therefore remains dominated by the ribawi money and conventional banking system.

The Malays have not only lost their economic dominance, but currently also on the verge of losing their political dominance.

The current Covid-19 crisis provides an excellent opportunity to revisit this historical anecdote and make the necessary monetary, constitutional and political reparations needed to regain that lost sovereignity. "



Sedikit latarbelakang Prof. Ahamed Kameel boleh dibaca di:-
https://www.ahamedkameel.com/about/


Syukran Prof. Ahamed Kameel.

Thursday, 8 October 2015

" Fiat Money & The Economic Degradation of the Malays " @IIUM Gombak



( Timeline )

( Seignorage. The difference between the cost of printing the 'money' and 'value' indicated.
A man is a thief if he takes another person's possession without his knowledge and/or permission.   )

( The other word for this slide is "Gentrification".
Gentrification of the Malays )

Akhirnya, setelah mewakili Prof.A.Kameel Mydin Meera pada tahun lepas(2014) untuk membentangkan Kertas Kerja "Fiat Money and the Economic Degradation of the Malays "  kerana beliau terpaksa mewakili UIA ke Indonesia, saya mendengar sendiri pembentangan dari penulis asal yang menulis dalam bahasa Inggeris. Kertas kerja Prof. Kameel telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu oleh Saudara Radzi Sapiee telah saya bentangkan untuk acara Mutiara HIKMAH (HIKMAH X) di Kompleks Tabung Haji, Bayan Lepas-Pulau Pinang tahun lepas.
( Rujuk blog HIKMAHmelayu bertarikh 5 Mac 2014).

Prof.Kameel membentangkan Kertas Kerja beliau di acara eFEST 2015(Economics Festival) di Kuliyyah Ekonomi (atau lebih dikenali sebagai KENMS), Universiti Islam Antarabangsa di Gombak-Selangor. Saudara Radzi Sapiee @Merah Silu, penterjemah kertas kerja Prof.Kameel ke dalam bahasa Melayu juga hadir di pembentangan tersebut.
( Rujuk blog MERAHsilu Saudara Radzi Sapiee bertarikh 12 Oktober 2015 )

Perkara yang menarik perhatian saya adalah cara penipuan Wang Fiat mula-mula dilakukan.
Prof.Kameel berkongsi bagaimana beliau mendapat jawapannya - dari sebuah Kartun!?
Dikhabarkan Gudang Pritchard adalah antara tempat dimana penipuan ini mula dilakukan. Dikhabarkan di Gudang Pritchard ini barang-barang mewah yang dibawa atau dirampas di kawasan Empayar British di bawa ke Tanah Melayu dan ditawarkan kepada orang tempatan. Pengunaan wang fiat di gudang mewah(ala Kompleks membeli-belah Starhill atau Pavillion masa kini) ini amat dialu-alukan oleh pihak penjajah British.

Secara peribadi saya amat teruja dengan kertas Prof.A.Kameel kerana beliau bukan sahaja dapat memberi hujah akademik yang pada kebiasaannya amat membosankan akan tetapi hujah diberikan bersekali dengan contoh yang berlaku yang boleh difahami oleh para hadirin. Ditambah pula dengan penterjemahan kertas kerja yang telah dilakukan oleh Radzi Sapiee dapat memudahkan dan mengembangkan lebih lagi maklumat kepada bangsa Melayu mengenai penipuan yang berlaku.

Para pembaca mungkin tidak bersetuju tetapi - Pada hemah saya, di depan mata saya berlaku kerjasama yang tidak disangka apabila pengkaji mengutamakan ilmu lebih dari kepentingan atau populariti peribadi kerana setahu saya Prof.Kameel dan Radzi tidak mendapat sebarang ganjaran mata wang fiat untuk pendedahan ini. 

Alhamdullilah, saya diberi peluang oleh Prof. dan Merah Silu untuk terlibat sama walaupun sumbangan saya terasa teramat sedikit. Telah beberapa ketika cubaan atau jasa En.Maarof dalam penubuhan bank untuk orang Melayu cuba diketengahkan tetapi tidak diendahkan.  Sememangnya pada asalnya bank wang fiat hanya ditubuhkan oleh penjajah British dengan agenda tersembunyi yang dibawa mereka di kawasan 'Settlement' British iaitu di Pulau Pinang(Penang), Melaka(Malacca) dan Singapura(Singapore) sebelum ianya menjadi 'popular' di Tanah Melayu.