Negara-Negara Pengunjung (Mulai 7 Julai 2015)

Flag Counter

Tuesday, 13 March 2018

HASRAT DiPenuhi, JANJI DiTepati! #Hidup Perlu Ada Perjuangan!

( Penulis bersama Setiausaha Agung ASEAN Dr. Surin Pitsuwan
 di Sekretariat ASEAN Jakarta, 2009) )
( 1 Dirham Persidangan Antarabangsa NGO Islam ASEAN & OIC 2018 )



9 tahun selepas menjalani latihan di Direktorat Kerjasama Politik dan Keselamatan, 
Sekretariat ASEAN di Jalan Sisigamangaraja - Jakarta, Indonesia; 
" Hasrat Dipenuhi - Janji DiTepati - HIDUP, Perlu ada Perjuangan "
...dan Perjuangan diteruskan. 


This is partly for you Bro. Surin. Al Fatihah.



Nota:
" Capacity Building for Islamic Finance in Malaysia & ASEAN " 
Asia-Europe Institute (Amirul HM, 2009)


ASEAN, DiRHAM ANTARABANGSA?




( Contoh Koin 1 Dirham Persidangan Antarabangsa NGO Islam 2018 )


Pejam celik, pejam celik sudah masuk dirham ke-empat yang diterbitkan. Ianya juga boleh dianggap sebagai "Dirham Antarabangsa" yang pertama terbitan QC DiRHAM. Dirham yang dimaksudkan adalah 1 Dirham Persidangan Antarabangsa NGO Islam ASEAN dan OIC 2018 yang dilancarkan hari ini.



( Salah seorang delegasi Persidangan, Pemilik Dirham Nombor Siri #54 )



Jika diikutkan perancangan awal, dirham antarabangsa yang pertama sepatutnya diterbitkan pada bulan Rabiul Awal atau Rabiul Akhir 1439 Hijrah / Disember 2017 (rujuk: QC DiRHAM, 5 November 2017 ) akan tetapi usaha ini tidak dapat diteruskan atas sebab-sebab tertentu.

Setelah usaha pertama gagal, usaha untuk menerbitkan "non-Malaysian Dirham" terus dijalankan apabila perbincangan awal dimulakan pada awal 2018 untuk menerbitkan sebuah dirham untuk suatu kawasan pentadbiran  di luar Malaysia. 

Sememangnya perancangan Allah SWT lebih baik dari sebaik-baik perancangan manusia.





( Risalah yang telah diedarkan di Persidangan Antarabangsa NGO Islam di Kuala Lumpur )

Saturday, 2 December 2017

"DINAR EMAS - Penyangga Keruntuhan Kapitalis?: di MAWLID AGUNG alam melayu 2017.




( Sedikit Coretan Aktiviti oleh Saudara Merah Silu di blog HIKMAHmelayu ).


Seperti biasa pada tarikh 2 Disember, Perasaan hari ini bercampur-aduk suka dan duka dalam perjalanan ke Kuang, Selangor. 


Ada sedikit penambahbaikan saya lakukan daripada pembentangan sebelum ini dari aspek data ekonomi keberhutangan negara-negara dan data-data lain yang dikemaskini. Dari sudut lain pula, penyelidikan dan pemburuan Dinar Melaka menemui petunjuk baru. Alhamdullilah.





Friday, 13 October 2017

Nisbah DINAR:dirham

NISBAH DiNAR:DiRHAM
==================+=

Saya diajukan soalan mengenai potensi Perak/Dirham berbanding dengan harga pasaran semasa.

Berdasarkan soalan yang diajukan, saya akan cuba terangkan mengikut perspektif lain.

Mengikut sejarah, Nisbah Dinar dan Dirham berada di julat 1:10 - 1:24 dan ke atas.
Setiap nisbah ada huraian masing-masing sama ada huraian berdasarkan kadar zakat, kitab dan lain-lain.
Walaubagaimanapun, jika dilihat pada situasi semasa kita boleh perhatikan nisbah Dinar/Dirham sudah melampaui julat nisbah yang pernah tercatit/direkodkan dalam sejarah selama 1439 tahun Hijrah.

Sunday, 6 August 2017

Promosi Dirham MTD Bermula di "OP-PP Games 2017"

( Kad Contoh Dirham MTD yang telah dipamerkan semasa Karnival Sukan OP-PP 2017 )



Acara tahunan " Karnival Sukan OP-PP 2017 " di Kem Perdana Sg.Besi, Kuala Lumpur menjadi medan untuk mula memperkenalkan Dirham MTD, seminggu selepas Dirham HIKMAH dilancarkan di Tanjung Malim, Perak. MTD adalah nama singkat bagi Maktab Tentera Diraja, sebuah institusi pengajian ala ketenteraan.


( Contoh 1 Dirham Maktab Tentera Diraja )

Friday, 16 June 2017

Dirham HIKMAH - Pelancaran & Fasa 2 - Pernyataan HIKMAH Melaka 2013

( Dirham HIKMAH - Cadangan )


Dirham HIKMAH Edisi Khas akan dilancarkan pada hari Sabtu, 6 Zulkaedah 1438 Hijrah bersamaan dengan 29 Julai 2017. Jika tiada aral melintang, pelancaran dijangka akan diadakan di Tanjung Malim, Perak. Pengumpul syiling, dirham serta sesiapa yang berminat untuk menempah dirham HIKMAH boleh rujuk di SINI:-
http://qcdirham.blogspot.my/2017/06/dirham-hikmah-serial-no-booking-update.html


HIKMAH adalah singkatan untuk "Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman" yang mula bergerak pada tahun 2012 dan dimulakan oleh Saudara Radzi Sapie dan isteri beliau Nor. Penulis pernah diberi peluang beberapa kali untuk membentang kertas kerja di majlis ilmu anjuran HIKMAH. Antara majlis ilmu tersebut adalah semasa 3 HIKMAH pertama dianjurkan di Shah Alam-SELANGOR, Melaka dan Lumut-PERAK.


( Artikel 6 - Pernyataan HIKMAH Melaka 2013 )


Tajuk-tajuk Pembentangan penulis adalah seperti:-
1# " Matawang Syariah & Melayu: Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan?"
(Shah Alam 2012, Melaka 2012, Lumut 2013);

2# " Wang Fiat dan Keruntuhan Ekonomi Orang Melayu" (Bayan Lepas-PP, 2014);
3# " Dinar Dirham vs Wang Kertas dan Penipuan Perbankan " (Beruas-PERAK, 2015); dan
4# " Dinar Dirham dan lain-lain Instrumen Sejati Ekonomi Islam " (Janda Baik-PAHANG, 2016).


Pernyataan HIKMAH Melaka telah dibacakan oleh Saudara Radzi di sebuah majlis di Bandar Melaka pada tahun 2013. Saya tidak berapa ingat butirannya, pada salah satu majlis di Melaka iaitu sama ada acara HIKMAH di KAYM ataupun majlis lain EXCO kerajaan negeri telah mengumumkan bahawa acara HIKMAH akan/telah diangkat sebagai salah satu acara rasmi kerajaan negeri Melaka. Akan tetapi bak kata pepatah - " Sekali air bah, sekali pasir berubah "...pertukaran Ketua Menteri pada PRU yang lepas mengakibatkan pengumuman EXCO mengenai acara HIKMAH diangkat menjadi acara rasmi kerajaan negeri Melaka tinggal janji yang tidak ditunaikan.



Terdapat 10 Artikel dalam Pernyataan 2013 tersebut termasuk Artikel 6. 
Artikel 6 antara lain - " memohon undang-undang syariah diangkat mengatasi Common Law dan muamalat Islam berdasarkan pengunaan dinar dan dirham mengatasi sistem ekonomi konvensional seperti pada zaman kesultanan Melayu Melaka sebelum 1511." 



Pada hemah penulis, penempaan dan pelancaran dirham HIKMAH bererti bermulanya Fasa Ke-2 (dari 7), Artikel 6 - " Pernyataan HIKMAH Melaka 2013 ". 7 Fasa tersebut boleh dirumuskan ataupun diterjemahkan seperti berikut:-

7 Fasa - Artikel 6 " Pernyataan HIKMAH Melaka 2013 "
Fasa 1 - Proses Kesedaran
Perkongsian Maklumat, Pengamatan Sejarah, Taklimat & Kesedaran (Awareness)
Nota: Sudah dijalankan dan masih berterusan.

Fasa 2 - Penempaan Dirham & DINAR
2A: Penempaan & Pengedaran Dirham Edisi Khas.    Nota: Bakal dijalankan.
2B: Penempaan & Pengedaran Dirham Edisi Umum. Nota: Dijangka akhir 2017.
2C: Penempaan & Pengedaran DINAR Edisi Khas.
2D: Penempaan & Pengedaran DINAR Edisi Umum.
2E: Penempaan & Pengedaran Dirham dan DINAR denominasi lain - Edisi Khas & Umum.

Sasaran Fasa 2:
1# Setiap KELUARGA memiliki sekurang-kurangnya 2 DINAR & setiap ahli keluarga memiliki        sekurang-kurangnya 2 dirham.
atau,
2# Setiap INDIVIDU (Bujang atau Ibu/Ayah Tunggal)  memiliki sekurang-kurangnya:-
    1 DINAR & 2 dirham.


Fasa 3 - Pelaksanaan Inisiatif Kecil-kecilan / Tertumpu 

Fasa 4 - Penambahan Ruang Lingkup Inisiatif Kecil 
             & Permulaan Inisiatif Skala Pertengahan/Besar

Fasa 5 - Pengabungan

Fasa 6 - 'Pengumatan'

Fasa 7 - Sistem Alternatif Beroperasi



Dirham HIKMAH serta inisiatif dirham lain seperti KLCA, MTD dan lain-lain yang penulis terlibat membolehkan penulis bercerita mengenai proses penempaan dirham dari konsep hinggalah penempaan dan pelancaran. Aspek-aspek ini akan ditonjolkan oleh penulis dalam buku Mata Wang Sunnah dan Melayu yang sedang diusahakan semenjak tahun 2010.


" Hidup, Perlu Ada Perjuangan! "