Negara-Negara Pengunjung (Mulai 7 Julai 2015)

Flag Counter

Friday, 16 June 2017

Dirham HIKMAH - Pelancaran & Fasa 2 - Pernyataan HIKMAH Melaka 2013

( Dirham HIKMAH - Cadangan )


Dirham HIKMAH Edisi Khas akan dilancarkan pada hari Sabtu, 6 Zulkaedah 1438 Hijrah bersamaan dengan 29 Julai 2017. Jika tiada aral melintang, pelancaran dijangka akan diadakan di Tanjung Malim, Perak. Pengumpul syiling, dirham serta sesiapa yang berminat untuk menempah dirham HIKMAH boleh rujuk di SINI:-
http://qcdirham.blogspot.my/2017/06/dirham-hikmah-serial-no-booking-update.html


HIKMAH adalah singkatan untuk "Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman" yang mula bergerak pada tahun 2012 dan dimulakan oleh Saudara Radzi Sapie dan isteri beliau Nor. Penulis pernah diberi peluang beberapa kali untuk membentang kertas kerja di majlis ilmu anjuran HIKMAH. Antara majlis ilmu tersebut adalah semasa 3 HIKMAH pertama dianjurkan di Shah Alam-SELANGOR, Melaka dan Lumut-PERAK.


( Artikel 6 - Pernyataan HIKMAH Melaka 2013 )


Tajuk-tajuk Pembentangan penulis adalah seperti:-
1# " Matawang Syariah & Melayu: Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan?"
(Shah Alam 2012, Melaka 2012, Lumut 2013);

2# " Wang Fiat dan Keruntuhan Ekonomi Orang Melayu" (Bayan Lepas-PP, 2014);
3# " Dinar Dirham vs Wang Kertas dan Penipuan Perbankan " (Beruas-PERAK, 2015); dan
4# " Dinar Dirham dan lain-lain Instrumen Sejati Ekonomi Islam " (Janda Baik-PAHANG, 2016).


Pernyataan HIKMAH Melaka telah dibacakan oleh Saudara Radzi di sebuah majlis di Bandar Melaka pada tahun 2013. Saya tidak berapa ingat butirannya, pada salah satu majlis di Melaka iaitu sama ada acara HIKMAH di KAYM ataupun majlis lain EXCO kerajaan negeri telah mengumumkan bahawa acara HIKMAH akan/telah diangkat sebagai salah satu acara rasmi kerajaan negeri Melaka. Akan tetapi bak kata pepatah - " Sekali air bah, sekali pasir berubah "...pertukaran Ketua Menteri pada PRU yang lepas mengakibatkan pengumuman EXCO mengenai acara HIKMAH diangkat menjadi acara rasmi kerajaan negeri Melaka tinggal janji yang tidak ditunaikan.



Terdapat 10 Artikel dalam Pernyataan 2013 tersebut termasuk Artikel 6. 
Artikel 6 antara lain - " memohon undang-undang syariah diangkat mengatasi Common Law dan muamalat Islam berdasarkan pengunaan dinar dan dirham mengatasi sistem ekonomi konvensional seperti pada zaman kesultanan Melayu Melaka sebelum 1511." 



Pada hemah penulis, penempaan dan pelancaran dirham HIKMAH bererti bermulanya Fasa Ke-2 (dari 7), Artikel 6 - " Pernyataan HIKMAH Melaka 2013 ". 7 Fasa tersebut boleh dirumuskan ataupun diterjemahkan seperti berikut:-

7 Fasa - Artikel 6 " Pernyataan HIKMAH Melaka 2013 "
Fasa 1 - Proses Kesedaran
Perkongsian Maklumat, Pengamatan Sejarah, Taklimat & Kesedaran (Awareness)
Nota: Sudah dijalankan dan masih berterusan.

Fasa 2 - Penempaan Dirham & DINAR
2A: Penempaan & Pengedaran Dirham Edisi Khas.    Nota: Bakal dijalankan.
2B: Penempaan & Pengedaran Dirham Edisi Umum. Nota: Dijangka akhir 2017.
2C: Penempaan & Pengedaran DINAR Edisi Khas.
2D: Penempaan & Pengedaran DINAR Edisi Umum.
2E: Penempaan & Pengedaran Dirham dan DINAR denominasi lain - Edisi Khas & Umum.

Sasaran Fasa 2:
1# Setiap KELUARGA memiliki sekurang-kurangnya 2 DINAR & setiap ahli keluarga memiliki        sekurang-kurangnya 2 dirham.
atau,
2# Setiap INDIVIDU (Bujang atau Ibu/Ayah Tunggal)  memiliki sekurang-kurangnya:-
    1 DINAR & 2 dirham.


Fasa 3 - Pelaksanaan Inisiatif Kecil-kecilan / Tertumpu 

Fasa 4 - Penambahan Ruang Lingkup Inisiatif Kecil 
             & Permulaan Inisiatif Skala Pertengahan/Besar

Fasa 5 - Pengabungan

Fasa 6 - 'Pengumatan'

Fasa 7 - Sistem Alternatif Beroperasi



Dirham HIKMAH serta inisiatif dirham lain seperti KLCA, MTD dan lain-lain yang penulis terlibat membolehkan penulis bercerita mengenai proses penempaan dirham dari konsep hinggalah penempaan dan pelancaran. Aspek-aspek ini akan ditonjolkan oleh penulis dalam buku Mata Wang Sunnah dan Melayu yang sedang diusahakan semenjak tahun 2010.


" Hidup, Perlu Ada Perjuangan! "


Sunday, 1 January 2017

Dinar Dirham Kombinasi Pertama di DUNIA?

( Dinar Dirham Kombinasi )

Kelompok yang mengetahui mengenai kewangan Islam yang sebenar sememangnya sudah biasa dengan mata wang dinar emas atau dirham perak. Akan tetapi pernahkah anda terbaca atau melihat unsur dinar dan dirham di dalam satu syiling atau koin?

Saya dimaklumkan oleh sumber saya, satu syiling kombinasi dinar dan dirham akan ditempa dan diedarkan tahun ini. Perkembangan yang menarik akan tetapi menimbulkan beberapa persoalan:-

(1) Mungkinkah ini syiling kombinasi dinar dirham yang pertama di dunia atau sudah ada yang menempa syiling sebegini di masa silam?

(2) Bagaimana pula dari hukum syarak jika syiling sebegini hendak digunakan bagi tujuan muamalah?


Rujuk DI SINI jika ingin memiliki Dinar Dirham kombinasi khas "1000 Dinar ".


Wednesday, 2 November 2016

Persoalan Dinar Melaka di Ceramah Umum " Lives in Ancient Southeast Asian Cities " oleh Prof. John Miksic



 ( Prof. Miksic membuat pembentangan tajuk )


 ( Sedang berkongsi pengisian ceramah dengan kawan-kawan tertentu
di media sosial sambil mengamati ceramah) 
* Gambar ihsan saudara Zam *



 Pagi tadi saya menghadiri ceramah umum yang dibentangkan oleh Prof. John Miksic dari National University of Singapore dan dianjurkan oleh Centre for Malay World and Islamic Civilisation-UIAM di Bukit Damansara - Kuala Lumpur. Saya tertarik menghadiri ceramah umum tersebut kerana pada kebiasaannya, ceramah sebegini membincangkan sesuatu kaum, agama dan tamadun. Oleh kerana perlu menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Sime Darby Berhad di Sime Darby Convention Centre terlebih dahulu saya sampai ke acara apabila lebih kurang 40-50 peratus pembentangan sudah dijalankan.


Ada beberapa slaid Prof.Miksic yang menunjukkan mata wang penempatan atau kerajaan tertentu di Asia Tenggara. Akan tetapi, perbincangan mengenai mata wang kerajaan atau tamadun tersebut hanya sekali lalu sahaja.



( Radzi Sapie bertanya - ke mana hilangnya Dinar dan Dirham Melaka? )

( Tan Sri Rais Yatim mengetengahkan ide beliau )


Semasa sesi soaljawab, pengasas HIKMAH iaitu Saudara Radzi Sapie bertanyakan akan kenapa Dinar atau Dirham Melaka tidak diketemui sehingga kini - adakah mata wang tersebut sudah dileburkan ataupun masih disorok atau ada cerita di sebaliknya?
Prof. Miksic berpendapat sememangnya dinar dan dirham Melaka wujud dan tidak masuk akal jika Melaka sebagai sebuah pelabuhan antarabangsa masa dulu tidak mempunyai mata wang kerajaan mereka yang tersendiri.
( Baca Komentar Radzi SINI )

Di pengakhiran sesi soaljawab, Tan Sri Rais Yatim pula berkata tentang perlunya ada lebih ramai penggali yang mengkaji dari hanya sekadar menjadi pengkaji ilmiah sahaja.

Nota:
Suatu ketika dulu, saya selalu ke IIiBF atau ISTAC (nama lama) bukan sahaja untuk menghadiri Discussion Series yang dianjurkan IIiBF malah untuk menemubual pakar kewangan islam tertentu untuk rancangan yang saya menjadi Hos dan Penerbit Jururunding iaitu  program TV Islamic Finance di Capital TV - Saluran 127/420 yang ke udara di Hypp TV - UNIFI.

Antara episod yang difilemkan di IIiBF adalah:-
Musim 3 - LIHAT 
- Association of Syariah Advisors (Dr. Aznan Hasan - President, ASAS )
Musim 2 
- Fractional Reserve Banking ( Prof. Ahamed Kameel Mydin Meera - Director, IIIBF )
Musim 1, 2011
- Capacity Building in Islamic Finance ( Prof. Dato. Dr. Mohd Azmi Omar - Director, IIIBF)



Tuesday, 25 October 2016

Adakah ini Mata Wang Melaka? Jika Tidak - Mata Wang Apa dan Bilakah ia Ditempai?



( Gambar yang saya terima melalui Media Sosial )


Saya menerima gambar syiling di atas petang tadi dari saudara saya melalui media sosial. 


Boleh sesiapa berikan pencerhan mengenai syiling di dalam gambar di atas? 
Mata wang apakah itu dan bilakah syiling tersebut di tempa?

Saturday, 22 October 2016

Pengalaman Buka Gerai Dinar Dirham & Menjadi MODERATOR di MUZIUM NEGARA


( HIKMAH XVIII  2016)

( IEP Ariff Malik juga membantu saya )

( Pengacara Bersama Musim 1 di Rancangan Islamic Finance-Capital TV, Hypp TV
Nur Aiman Kautsar bersama DS Norbaini Dato' Hassan )

( Gerai Pameran QIBLAH Consulting Group )

( Selesai menyusun Gerai Pameran sekitar jam 9 pagi, bersebelahan gerai keris dan busana)



( Aturcara Wacana - Bahagian 1 )

( Aturcara Wacana - Bahgian 2 )

( Ada 4 Pembentang kesemuanya )
* gambar ihsan Aiman Kautsar *

( Pembentang Terakhir Tengku Ahmad Ridhaudin )
* gambar ihsan Aiman Kautsar )

( Pengasas HIKMAH Radzi Sapie menyampaikan cenderahati kepada Para Pembentang )
* gambar ihsan Zainuddin Ahmad *



HIKMAH XVIII adalah merupakan acara HIKMAH yang ke lapan saya sertai, lebih kurang sama dengan kehadiran saya di satu acara bernama DINIHARI DINAR yang mula bertapak di Bukit Damansara tetapi telah terkubur akibat banyak aktivis mereka sama ada dipinggirkan ataupun menjauhkan diri. Kedua acara ataupun gerakan HIKMAH dan DINIHARI DINAR banyak memberikan saya weltanschauung ataupun perspektif yang berlainan terhadap penulisan buku saya.


Apa yang saya amati apabila membuka gerai kali ini berbanding dengan acara terdahulu sama ada di HIKMAH ataupun DINIHARI DINAR adalah sudah wujud sekelompok penggumpul dinar dan dirham(Dnd) yang mencari Dnd tertentu untuk koleksi mereka. Antara dirham yang dicari adalah dirham NUBEX Masjid Demak, Meeraz dan KBI serta Dinar Haqqani dan lain-lain. Penggumpul Dnd ini memohon saya untuk tolong mencari pelbagai dirham dan sanggup menawarkan 'premium' tertentu jika saya berjaya temui dinar atau dirham yang dihajati.


Pada masa yang sama, saya menerima jemputan untuk menjadi Moderator untuk Wacana sesi pagi dan dihadiahkan dengan sebuah buku di akhir sesi.


Sekalung Tahniah kepada Para Pembentang yang terdiri daripada:- 
(1) Pn. @Rosidah Abdullah (Kurator Muzium Tekstil);
(2) En.@Mohd Emil Azril (Naib Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia, Cawangan Kuala Lumpur);
(3) Cikgu Azlan Ghanie (Wartawan serta Pengasas MAGMA dan Majalah "Seni Beladiri"); dan, 
(4) Tengku Ahmad Ridhaudin (Aktivis Budaya & Pengumpul Keris) 
yang masing-masingnya berkongsi penyelidikan dan pengalaman dalam bidang tertentu dengan hadirin. Banyak yang saya pelajari dalam tempoh wacana yang singkat


Setelah beberapa kali acara HIKMAH dalam perkiraan saya, saya sudah boleh memnuhkan satu rak buku dengan cenderahati yang diterima...kali terakhir di Janda Baik, saya menerima 3 buah buku politik pelbagai tajuk dari penulis S.H.Al-Attas. Alhamdullilah.





Sunday, 9 October 2016

DnD MARKETplace di UIA Gombak sempena IFIW 2016


( 1 Dirham IFIW 2016 yang digunakan untuk transaksi di Souq )


( Rusdi dari Tg.Malim, membeli barangan makanan dari Peniaga Food Truck
menggunakan dirham IFIW)


( Peniaga Makanan menerima 2 dirham dari Bakhtiar sambil disaksikan oleh Hj. Awaluddin )




PASAR MUAMALAH

Setelah terkuburnya Souq Muamalah Madinah ( Tonton SINI ) anjuran bersama KGT dan aktivis dinar dirham serta beberapa Souq yang menerimapakai dinar dan dirham seperti di Masjid TTDI Jaya-Shah Alam dan Masjid Shah Alam, pasar Muamalah yang berteraskan dinar dan dirham kembali semula di Universiti Islam Antarabangsa,Gombak bersempena acara IFIW 2016.

Walaupun tidak ramai peniaga yang mengambil bahagian - terdapat 3 foodtruck di tepi bangunan Cultural and Activity Centre atau CAC dan beberapa peniaga lain di dalam CAC yang menjual pakaian, haruman dan lain-lain...kembalinya pasar sebegini sedikit sebanyak dapat mengembalikan semangat para aktivis dinar dirham dalam usaha mereka menentang riba dan fiat money.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada Bakhtiar (Pengurus NUBEX) yang telah belanja saya makan dan minum menggunakan dirham IFIW. Sempat juga saya ketemu dan bersembang dengan super senior saya Haji Awaluddin dan kenalan lama yang baru jumpa balik iaitu Rusdi yang datang dari Tanjung Malim.