Tuesday, 12 July 2016
Duit Raya 2016 - 1 Dirham Masjid Saidina (Masjid Bukit Damansara)
Alhamdullilah, tahun 1437H/2016 saya menerima 'Duit Raya' dari 3 orang iaitu Kakak saya, anak saudara saya dan yang paling unik sekali dari sahabat lama saya semenjak A Leve;ls 1988 - Taufiq Khalid.
Inilah kali pertama saya mengetahui tentang kewujudan Dirham Masjid Bukit Damansara - KL.
Tuesday, 10 May 2016
Perbandingan Harga Barangan dalam USD & Emas oleh LARIBA USA
( Dr. Yahia Abdul Rahman )
" The Art of RF (Riba Free) and the Unique Experience of LARIBA"
Guest Speaker:
Dr. Yahia Abdul Rahman
Founder & Chairman of LARIBA Bank, USA
( )
( )
( )
( Harga Beras dalam USD )
( Kiri: & Kanan: Harga )
( )
Pada awal bulan Mei saya menerima jemputan dari IIUM Institute of Islamic Banking and Finance (IIiBF) untuk menghadiri Ceramah Khas oleh CEO LaRiba USA iaitu Dr.Yahia Abdul Rahman.
Pembentangan oleh Dr.Yahia menarik minda saya berfikir terutama sekali apabila perbandingan harga barangan dibuat berdasarkan Dollar Amerika dan Emas. Lebih-lebih lagi apabila CEO LaRiba berhujah bagaimana petani semakin miskin apabila perbandingan "sebenarnya" dibuat.
(bersambung)

Monday, 1 February 2016
HIKMAH XVI - Menangani Cabaran Akhir Zaman @UoL, Janda Baik
“ Dinar Dirham dan lain-lain Instrumen Sejati Ekonomi Islam:
Membuang Debu Riba’
yang Menghalang Kebangkitan Sebenar Ummah”
Membuang Debu Riba’
yang Menghalang Kebangkitan Sebenar Ummah”
( Agenda HIKMAH XVI 2016 yang berlangsung untuk 2 hari )
( Sebahagian peserta yang hadir pada hari Ke2 )
HIKMAH XVI - 2016
Seperti yang saya jangkakan, HIKMAH XV di Beruas Perak yang diadakan pada
Ogos 2015 tidak mengakhiri siri acara HIKMAH untuk beberapa lama walaupun
diumumkan sebegitu oleh kawan saya Radzi Sapie ( rujuk rencana 9 Ogos 2015 di SINI ).
Tak sampai setengah tahun pun sejak Beruas, acara HIKMAH diadakan kembali iaitu HIKMAH XVI(H16) dengan tema kali ini “Menangani Cabaran Akhir Zaman”. Acara kali ini diadakan pada hari Sabtu 1437H (30 hingga 31 Januari 2016) di Wadi Hussein atau juga dikenali sebagai University of Life di Janda Baik, Pahang. Ianya adalah rumah penulis politik terkenal S.H.Alattas.

H16 baru berakhir semalam. Antara kelainan kali ini
berbanding dengan 6 acara HIKMAH yang pernah saya hadiri (*Shah Alam, *Melaka, *Lumut,
Rawang, Bayan Lepas dan *Beruas) adalah;-
1. Kehadiran kali pertama anak saya yang sulung serta mertua saya;
2. Pendedahan baru mengenai penipuan barat/yahudi selain dnd iaitu penipuan syarikat.
3. Penganjur bersama yang baru iaitu Armada Malaiu (saya pernah ke Dataran xx di Balik Pulau semasa Mutiara HIKMAH pada tahun 2014).

· Nota: *Pembentangan Dnd dibuat.
Pada acara HIKMAH kali ini Kali ini saya diminta penganjur
membentangkan tajuk “ Dinar Dirham dan lain-lain Instrumen Sejati Ekonomi Islam:
Membuang Debu Riba’ yang Menghalang Kebangkitan Sebenar Ummah”.
Pada pembentangan kali ini mengenai Dinar dan Dirham (Dnd), cuma satu isi baru
yang saya dapat ketengahkan mengenai Dnd iaitu mengenai berat Dnd dan
perbalahan mengenainya.
Pada dasarnya berat dinar adalah xxx misqal.
Secara ringkasnya, terdapat perselisihan di antara penggiat dan/atau pengeluar dnd mengenai berat dnd yang sepatutnya. Ada yang mengatakan sepatutnya 4.25g, 4.5g dan ada juga di Indonesia 4.44g.

Wednesday, 2 December 2015
Melombong Emas di Tanah Sendiri adalah SALAH !!!???
( Keratan akhbar yang disebarkan melalui media sosial )
2 hari lepas saya menerima perkara di atas melalui media sosial.
Setelah melakukan sedikit kajian internet, saya terjumpa beberapa berita berkaitan bertarikh 26 November 2015;-
(1) Suratkhabar MSTAR
(2) Blog "Diabuatdah".
Pada hemah saya, walaupun enakmen mineral dikeluarkan pada tahun 2001, besar kemungkinan undang-undang yang digunapakai adalah undang-undang yang diperkenalkan semasa zaman penjajah yang bertujuan untuk 'menidakkan' hak melayu atau mungkin juga merampas hak emas Melayu.
Perlu diingatkan penjajah dulu datang kerana " Gold, Glory & Gospel ". Maka tidak hairanlah jika ada undang-undang berkaitan yang telah digubal oleh penjajah yang telah dikemaskini oleh kerajaan hari ini.
Thursday, 8 October 2015
" Fiat Money & The Economic Degradation of the Malays " @IIUM Gombak
( Timeline )
( Seignorage. The difference between the cost of printing the 'money' and 'value' indicated.
A man is a thief if he takes another person's possession without his knowledge and/or permission. )
A man is a thief if he takes another person's possession without his knowledge and/or permission. )
( The other word for this slide is "Gentrification".
Gentrification of the Malays )
Gentrification of the Malays )
Akhirnya, setelah mewakili Prof.A.Kameel Mydin Meera pada tahun lepas(2014) untuk membentangkan Kertas Kerja "Fiat Money and the Economic Degradation of the Malays " kerana beliau terpaksa mewakili UIA ke Indonesia, saya mendengar sendiri pembentangan dari penulis asal yang menulis dalam bahasa Inggeris. Kertas kerja Prof. Kameel telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu oleh Saudara Radzi Sapiee telah saya bentangkan untuk acara Mutiara HIKMAH (HIKMAH X) di Kompleks Tabung Haji, Bayan Lepas-Pulau Pinang tahun lepas.
( Rujuk blog HIKMAHmelayu bertarikh 5 Mac 2014).
Prof.Kameel membentangkan Kertas Kerja beliau di acara eFEST 2015(Economics Festival) di Kuliyyah Ekonomi (atau lebih dikenali sebagai KENMS), Universiti Islam Antarabangsa di Gombak-Selangor. Saudara Radzi Sapiee @Merah Silu, penterjemah kertas kerja Prof.Kameel ke dalam bahasa Melayu juga hadir di pembentangan tersebut.
( Rujuk blog MERAHsilu Saudara Radzi Sapiee bertarikh 12 Oktober 2015 )
Perkara yang menarik perhatian saya adalah cara penipuan Wang Fiat mula-mula dilakukan.
Prof.Kameel berkongsi bagaimana beliau mendapat jawapannya - dari sebuah Kartun!?
Dikhabarkan Gudang Pritchard adalah antara tempat dimana penipuan ini mula dilakukan. Dikhabarkan di Gudang Pritchard ini barang-barang mewah yang dibawa atau dirampas di kawasan Empayar British di bawa ke Tanah Melayu dan ditawarkan kepada orang tempatan. Pengunaan wang fiat di gudang mewah(ala Kompleks membeli-belah Starhill atau Pavillion masa kini) ini amat dialu-alukan oleh pihak penjajah British.
Secara peribadi saya amat teruja dengan kertas Prof.A.Kameel kerana beliau bukan sahaja dapat memberi hujah akademik yang pada kebiasaannya amat membosankan akan tetapi hujah diberikan bersekali dengan contoh yang berlaku yang boleh difahami oleh para hadirin. Ditambah pula dengan penterjemahan kertas kerja yang telah dilakukan oleh Radzi Sapiee dapat memudahkan dan mengembangkan lebih lagi maklumat kepada bangsa Melayu mengenai penipuan yang berlaku.
Para pembaca mungkin tidak bersetuju tetapi - Pada hemah saya, di depan mata saya berlaku kerjasama yang tidak disangka apabila pengkaji mengutamakan ilmu lebih dari kepentingan atau populariti peribadi kerana setahu saya Prof.Kameel dan Radzi tidak mendapat sebarang ganjaran mata wang fiat untuk pendedahan ini.
Alhamdullilah, saya diberi peluang oleh Prof. dan Merah Silu untuk terlibat sama walaupun sumbangan saya terasa teramat sedikit. Telah beberapa ketika cubaan atau jasa En.Maarof dalam penubuhan bank untuk orang Melayu cuba diketengahkan tetapi tidak diendahkan. Sememangnya pada asalnya bank wang fiat hanya ditubuhkan oleh penjajah British dengan agenda tersembunyi yang dibawa mereka di kawasan 'Settlement' British iaitu di Pulau Pinang(Penang), Melaka(Malacca) dan Singapura(Singapore) sebelum ianya menjadi 'popular' di Tanah Melayu.

Wednesday, 7 October 2015
eFEST 2015 - "Mengembalikan Pengunaan Matawang Syariah" @UIAM Gombak
( Poster Pembentangan, terdapat sedikit kesilapan pada nama.
Kali Pertama - mereka yang datang diberi ais krim Percuma )
Penganjur acara eFEST 2015 (atau Economics Festival) menjemput saya memberi sedikit bicara tengahari atau 'luncheon talk' di Kuliyyah Ekonomi(KENMS)-UIAM Gimbak. Jemputan yang sama juga telah dikeluarkan kepada Prof. Adi Setia(hari sebelum saya) dan Prof.A.Kameel Mydin Meera (hari selepas saya) bersempena dengan eFEST 2015.
Walaupun beberapa maklumat latarbelakang peribadi telah saya berikan kepada pihak penganjur eFEST 2015, saya merasa hairan sedikit bilamana pengalaman sebagai Jururunding Penerbit (Consultant Producer) di Capital TV yang dipilih penganjur untuk diwar-warkan walhal ada pengalaman lain yang saya rasa lebih sesuai untuk dimaklumkan seperti Editor untuk Dinar Dirham DigiMAG atau Ahli Kumpulan Teknikal Nusantara untuk DinarDirham (Nusantara Technical Group for Dinar Dirham). Mungkin penglibatan media lebih diutamakan oleh pelajar masa sekarang. Apapun, saya berterima-kasih di atas jemputan.
( Kuliyyah of Economics & Management Sciences - KENMS )
Jika semasa acara HIKMAH 3 - 'Menjejak Pendekar, Ahlul Bayt dan Mendaulat Sultan di Tanah Gangga Negara' di Lumut-Perak pada bulan Januari 2013 saya mempunyai lebih kurang 12 jam untuk membuat persiapan pembentangan, kali ini saya mempunyai lebih sedikit masa iaitu lebih kurang 19-20jam untuk mencari ilham. Pada acara HIKMAH 3 penganjur meminta saya membuat pembentangan sekitar jam 10 malam untuk memenuhi satu sesi yang lopang sekitar jam 10 pagi akibat ketidakhadiran seorang pembentang, kali ini saya dimaklumkan awal sedikit iaitu pada sekitar jam 5-6 petang untuk memenuhi sesi bicara keesokan harinya antara Jam 1 hingga 2 petang juga kerana penceramah asal tidak dapat hadir.
Apabila ditanya akan tajuk pembentangan saya, saya maklumkan kepada penganjur terserah kepada mereka unutk menentukannya. Pagi tadi baru saya tahu akan tajuk yang perlu dibicarakan.
( Pembentangan dimulakan dengan Selingan cerita Baju Melayu,
sambil menunggu masalah teknikal diatasi )
( Pembentangan diadakan di Pusat Sumber atau Perpustakaan KENMS - IIUM Gombak )
( Berat Dinar - 4.25g, 4.44g atau 4.5g? )
Sunday, 4 October 2015
POPE "Cium Tangan" ROTHSCHILD!!!
( Keratan Berita yang saya terima pada hujung Minggu 3-4 Oktober 2015 )
Bak pepatah Inggeris - " A Picture tells a Thousand Words ".
Keratan berita yang saya terima hari ini. Mohon pengesahan dari pembaca blog tentang kesahihan gambar. Jika benar, minta maklumkan tarikh dan tempat peristiwa serta terjemahan keratan akhbar..
Subscribe to:
Posts (Atom)